Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya kami mengutusnya dengan agama yang benar, sebagai pembawa berita gembira kepada orang yang beriman dan pemberi amaran kepada orang yang ingkar dan tidak ada sesuatu umat pun melainkan telah diutuskan seorang rasul bagi memberi ingatan dan amaran kepada mereka."
"Dan jika mereka yang kafir itu mendustainya, maka yang demikian itu tidaklah menjadi masalah kerana sesungguhnya orang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan para rasul masing-masing. Mereka telah diutuskan rasul bagi memberi keterangan-keterangan yang nyata dan disertai dengan kitab-kitab (nasihat pengajaran) serta kitab (syariat) yang terang jelas."
(Surah Fatir: 24-25)
Firman Allah SWT lagi:
"Alif, Lam, Raa, inilah kitab (al-Quran) kami turunkan kepadamu, wahai Muhammad dengan itu engkau dapat mengeluarkan umat manusia daripada gelap gelita (kebodohan/kufur) kepada terang-benderang (iman) dengan izin tuhan mereka, ke jalan Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji."
(Surah Ibrahim: 1)
Dalam surah Ibrahim firman-Nya:
"Dan kami tidak mengutuskan seseorang rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya dia dapat menjelaskan hukum-hukum Allah kepada mereka. Maka Allah menyeseatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) juga memberi petunjuk hidayat kepada sesiapa yang dikehendaki dan Dialah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana."
(Surah Ibrahim: 4)
SIFAT-SIFAT RASUL
Sifat wajib:
(a) Siddiq (benar dalam tutur kata dan tingkah laku). Segala ajaran yang diterimanya daripada Allah dapat disampaikan kepada umat manusia, tanpa disembunyikannya walau sedikit pun.
(b) Amanah para rasul wajib menunaikan amanah yang dipertanggungjwabkan kepadanya sekalipun harus ditebus dengan jiwa raganya.
(c) Tabligh wajib menyampaikan apa yang telah diterima wahyu dari Allah SWT. Disampaikan segala ajaran Allah kepada seluruh manusia tanpa diesmbunyikan walau suatu pun.
Firman Allah SWT:
"Wahai para rasul, sampaikanlah apa-apa yang diturnkan kepadamu dari Tuhanmu."
(Surah al-Maidah: 67)
(d) Fatanah (cerdik). Dia wajib memiliki kekuatan berfikir dan kemampuan akal yang tinggi. Mereka memiliki sifat kecerdasan yangg tinggi dan daya fikir yang tajam bagi mengemukakan keterangan dan hujah yang jitu sehingga manusia dapat memahami dengan jelas apa yang disampaikannya,
SIFAT JAIZ (HARUS) BAGI RASUL
Mereka memerlukan makanan, minuman, berkahwin, tidur atau dijangkiti penyakit.
No comments:
Post a Comment