Friday, March 22, 2024

PADU (31 MAC 2024)

 Pengenalan

PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia. Maklumat profil ini akan dikemas kini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber. Melalui ekosistem ini, rakyat boleh membuat semakan dan pengemaskinian maklumat secara terus dalam sistem PADU.

Objektif PADU
  1. Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi penghasilan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan.
  2. Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
  3. Mengimbangi kedudukan fiskal menerusi pelaksanaan dasar secara bersasar.
Matlamat PADU
  1. Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
  2. Melaksanakan pengukuhan dalam penggunaan sumber yang terhad.
  3. Melaksanakan pemerkasaan sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
  4. Merapatkan jurang sosioekonomi dengan memenuhi keperluan rakyat serta mengimbangi pembangunan.

Thursday, March 21, 2024

SENI IKHLAS

 SALAM RAMADHAN 1445H 😊

Assalamualaikum semua, lama rasanya tak update blog ni. Pada 10 Ramadan 144H ini sedikit perkongsian.

5 seni yang perlu ada dalam ikhlas kita seharian:

1. Ikhlas tidak menafikan hak.

2. Ikhlas tidak menafikan kemanusiaan.

3. Ikhlas tidak bermaksud langsung tidak boleh diceritakan.

4. Ikhlas tidak bermaksud, semua boleh diceritakan.

5. Ikhlas tidak bermaksud langsung tidak boleh ditunjuk.