Jumlah para rasul ialah 313 orang. Hanya 25 orang rasul sahaja yang wajib diketahui oleh setiap orang Ialam.
Firman Allah SWT:
"Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan beberapa orang rasul sebelummu (wahai Muhammad). Di antaranya itu adalah kami ceritakan riwayat hidupnya dan ada juga yang kami tidak ceritakan. Allah berbicara langsung kepada Musa tanpa perantaraan.
(Surah an-Nisa': 164)
NAMA-NAMA RASUL
Nama Rasul adalah seperti yang tersebut di dalam al-Quran iaitu sebanyak 25 orang:
1. Adam
2. Idris
3. Nuh
4. Hud
5. Salih
6. Ibrahim
7. Lut
8. Ismail
9. Ishaq
10. Ya'qub
11. Yusuf
12. Ayub
13. Syu'aib
14. Musa
15. Harun
16. Dzulkifli
17. Daud
18. Sulaiman
19. Ilyas
20. Ilyasa'
21. Yunus
22. Zakariyya
23. Yahya
24. 'Isa
25. Muhammad SAW
ULUL AZMI
Orang yang mempunyai keteguhan semangat dan kekuatan mental, kecekalan, kukuh pendiriannya dalam mengahadapi apa juga cabaran dan dugaan, pantang undur ke belakang walau setapak pun. Mereka ialah Nabi Muhammad, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa, dan Nabi Nuh alaihissalam. Kelima-lima rasul tersebut adalah mempunyai kekuatan, personaliti dan keperibadian yang kukuh dan kuat dan mereka menerima paling banyak cabaran dan rintangan di dalam menyebar ajaran Allah.
KEISTIMEWAAN NABI MUHAMMAD SAW
Rasulullah SAW mempunyai beberapa keistimewaan. Antaranya:
(a) Nabi Muhamad SAW adalah nabi dan rasul terakhir. Tidak akan datang lagi nabi dan rasul sesudahnya.
Firman Allah SWT:
"Nabi Muhammad itu bukanlah bapa salah seorang daripada kamu tetapi dia adalah seorang rasul Allah dan penyudah segala rasul dan nabi."
(Surah al-Ahzab: 40)
(b) Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan rasul untuk seluruh umat manusia. Ajaran syariatnya bersifat universal (sejagat) untuk semua bangsa, tanpa mengira bahasa dan tempat, sesuai untuk semua tempat dan zaman.
Firman Allah SWT:
"Tidak kami utuskan Engkau wahai Muhammad melainkan menjadi rahmat seluruh alam."
(Surah al-Anbiya': 107)
(c) Nabi Muhammad adalah semulia-mulia nabi dan rasul. Baginda adalah penghulu segala rasul dan nabi terakhir.
Firman Allah SWT:
"Kami lebihkan darjat kedudukan para rasul-rasul itu antara satu sama lain dengan beberapa darjat (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya dan ditinggalkannya pangkat dengan beberapa darjat kelebihan."
(Surah al-Baqarah: 253)
No comments:
Post a Comment