Tuesday, January 7, 2025

TANDA-TANDA KUBRA

(g) ROSAKNYA KAABAH BAITULLAH

Tanda kiamat seterusnya ialah rosaknya Kaabah Baitullah di Masjidil Haram. Ia dirosakkan oleh sekumpulan bangsa Habsyi. Lalu diikuti oleh kawannya mencungkil batu-batu Kaabah dan dibuangnya ke dalam laut.

(h) HILANGNYA TULISAN AL-QURAN

Hilangnya tulisan al-Quran dari mashaf dan daripada hati umat Islam. Erti ayat suci al-Quran sudah hilang tulisannya dan hilang dari ingatan orang Islam.

(i)  PENGHUNI DUNIA TIADA LAGI YANG BERIMAN

Pada masa itu semua orang yang ada ialah kafir. Selama dunia masih didiami oleh orang yang beriman, selagi di dunia ini masih ada lagi orang yang menyebut nama Allah maka selagi itulah dunia ini masih belum kiamat.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

"Tidak akan berlaku kiamat melainkan semasa di dunia ini tidak ada lagi selain orang yang jahat semuanya."

Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud:

".... Kemudian Alllah menghantarkan sejenis angin sejuk nyaman yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat di dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu. Maka tinggallah sahaja orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kederhakaan satu sama lain  seperti binatang buas, mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara baik dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk. Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka dan bertanya: Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingi kepada Allah? Tidakkah mahu kamu menurut ajaranku. Maka mereka bertanya: Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan. Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala, sedangkan rezeki mereka mencurah-curah, mereka hidup di dalam kemewahan, kemudian ditiup sangkakala pertama yang mematikan segala hidupan yang bernyawa."

No comments:

Post a Comment