MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Islam itu dibina di atas ilmu asa iaitu syahadah atau naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah. Kedua ialah mendirikan solat fardu lima waktu. Ketiga ialah berpuasa sebulan pada bulan Ramadan. Keempat ialah membayar zakat dan kelima ialah menunaikan fardu haji ke Mekah bagi yang berkuasa."
MAKNA SYAHADAH
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu adalah Rasulullah.
KONSEP SYAHADAH
- Dibuktikan dengan mendirikan solat lima waktu (tiang kepada kebesaran Islam)
- Dibuktikan dengan menunaikan zakat
- Dibuktikan dengan menunaikan ibadat puasa Ramadan
- Dibuktikan dengan menunaikan ibadat haji ke Makkah, bagi yang berkuasa sekali seumur hidup
- Kezuhudan hidup di dunia ini dengan meninggalkan dosa-dosa besar, dan perbuatan-perbuatan yang mungkar yang diharamkan dan dilarang oleh Allah
SYARAT-SYARAT DUA KALIMAH SYAHADAH
- Wajib mengetahui lafaz Dua Kalimah Syahadah itu, wajib mengetahui maknanya dan kandungannya
- Wajib mengikrar dengan lidahnya serta hendaklah mengucapkan (membaca) dua kalimah syahadah dengan selengkapnya.
- Wajib meyakini maksudnya dan tidak mempunyai keraguan atau merasa sangsi kebenaran isi Dua Kalimah Syahadah itu
- Hendaklah yakin serta mengamalkan tuntutan dan kehendak-kehendak Dua Kalimah Syahadah itu dan menolak segala apa jua yang bertentangan dengan maksud yang terkandung di dalam Dua Kalimah Syahadah itu
HUKUM-HUKUM YANG BERHUBUNG DENGAN DUA KALIMAH SYAHADAH
Menurut pendapat Profesor Madya Sulaiman Yassin (UKM) di dalam bukunya Penghantar Akidah halaman 167,
"Seseorang Islam itu tidak boleh dihukum kafir yang mengeluarkan dirinya daripada Islamnya melainkan dengan sebab-sebab yang telah dinaskan oleh Islam bahawa setiap mereka yang melakukan sebab-sebab berikut adalah kafir."
- Mengingkari dan mendustai setiap sesuatu yang telah dinaskan dan difardukan oleh Islam sebagai wajib diimani
- Melakukan amalan atau perbuatan yang menyebabkan dia kafir
Hukuman ini tertakluk kepada:
(a) Tidak jahil
(b) Tidak tersalah
(c) Tidak dipaksa
No comments:
Post a Comment